klik sini please...... =)

Tuesday 20 December 2011

kisah macam ni ada kau orang kesah? (1)

ni kisah hidup aku. kisah hidup gua. lu orang belum kenal gua tapi lu orang boleh tau siapa gua melalui kisah hidup gua. kisah hidup gua complicated. but gua have fun.

gua dilahirkan kat kota metropolitan, kuala lumpur.
gua tinggal kat bandar, kos sara hidup tinggi. mujur kerja parents gua agak stabil, jadi kami survive dengan baik di kL ni. *abaikan statement bangga diri macam gampang itu.
gua sekolah biasa2 je, sekolah budak nakal gua sifatkan, dalam daerah KL jugak. *haha jangan marah ye sekolah lame gua. 


gua budak biasa2 je, seorang gadis bertudung, pernah menjadi pengawas pusat sumber ketika di sekolah rendah dan mengupgrade diri menjadi pengawas sekolah rendah ketika di sekolah menengah.
gua agak pandai. *cis bangga diri


gua duduk kelas first start form 1 sampai la form 3. masa gua form 3, semua orang berpusu2 sibuk isi borang tu, borang ini, sebab nak blah dari sekolah tu. sekolah gua tu boring beb. 
result gua agakk bolehtahan la mase gua form 3 tu, mase form 1 dengan form 2 lu orang jangan tanya result gua sebab gua malas study. start awal tahun form 3 gua start study dan bermula dari itu, result gua semakin baik. dari exam pertengahan sampai la ke trial. agak boleh tahan.


gua dekatkan diri dengan Allah. sembahyang tak tiggal. hari2 gua doa mintak nak straight A sebab gua selalu pulun study. gua nak parents gua bangge dengan gua. Dengan izin Allah, Dia makbulkan permohonan gua. Alhamdulillah.


dan, bermula dari situ la, titik permulaan perubahan besar dalam hidup gua.
masa tu, gua memang admire gila sekolah berasrama penuh. SBP, MRSM. 
sekolah gua dulu tu dekat dengan SBP sekolah menengah sains selangor dan sekolah menengah sains alam shah. sekolah menengah sains alam shah ni sekolah lelaki beb. gua admire sangat. ngahaha mujur sekolah tu ada lelaki je. pernah la jugak gua pasang angan2 nak masuk sana, jadi perempuan tunggal ke yang sekolah sana, dengan harapan gua akan jadi gadis rebutan. ahaha tak lawak langsung.


nak dijadikan cerita, gua ada mohon SBP, MRSM dan sekolah teknik.
result PMR gua straight 8A. gua pelajar terbaik PMR kat sekolah lama gua tu dulu. *ciss bangga diri lagi.


lepas exam PMR, gua pegi ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM pulak sebab gua dipanggil untuk mengambil ujian itu. infact, sape yang mohon la kene amek ujian tu. 
ada ujian personaliti, ujian sains dan matematik. ujian sains dia gua tahan lagi, ujian matematik dia gile susah. namun gua gagahkan diri jugak  jawab demi angan2 gua nak masuk MRSM.


tak lama lepas gua masuk form 4 kat sekolah lama gua di awal2 tahun tu, gua pun dapat surat tawaran ke Sekolah Teknik. gua dapa sekolah dan kos yang gua mohon. sekolah yang gua mintak tu kat Melaka. hehe gua saje mintak jauh, teringin nak duduk asrama.


gua pun sedih la.... sebab gua ingat gua tak dapat MRSM atau SBP.... gua nanges kot... sedih... gua nak MRSM....
gua pun redha jela parents gua suruh gua terima sekolah teknik tu... gua pun masuk jela sekolah tu... lagi pun gua sayang parents gua, gua ikot la cakap dorang kan... uhuhu


bermula la episod kehidupan gua kat sekolah teknik... pada mulanya agak tunggang langgang... haha gua pun tak tau kenapa... ni first time gua duduk asrama... terkejut la jugak gua sebab gua tengok budak asrama ni semua stok2 macam ustazah jer gua tengok.. apa2 pun gua kene pandai bawak diri..
lama2 gua dah boleh sesuaikan diri kat sekolah teknik ni...

***dapatkah gua masuk MRSM atau SBP seperti yang gua imipikan? apakah yang terjadi dalam kehidupan gua selepas ini? nantikan part (2) cerita ini...***

Friday 16 December 2011

sarka. bukan saka ye.

kadang-kadang ada sesetengah blog yang menggunakan sarka berkuasa tinggi sampai aku sendiri tak faham di celah manakah sarka yang cuba ditonjolkannya. namun jujur aku akui, pengajaran disebalik sarka yang ditonjolkan sesetengah blog memang bertanda di hati. senang cite, lebih terkesan. sebab zaman sekarang ni dah tak main dah nasihat spesis baik2 ni. pakai sarka2 baru jalan beb.

aku cukup tertarik dengan pendekatan menggunakan sarkasme atau bahase banja nye sarcasm. hal ini kerana, dngan cara ini orang lebih tertarik untuk membaca sesebuah epilog cerita. cisss persetankan bahsa baku itu.

sarka atau perli hampir kelihatan sama. namun bagi aku, sarka itu ada moral. mungkin ada orang kata, 'nate mu sarka sarka aku'. but disebalik sarka itu terbit sebuah pengajaran yang suci murni sesuci embun pagi.

berbalik kepada cerita tadi, perli pula lebih kepada sesuatu yang mengutuk. contoh : 'gile huduh muka kau ni.'
secara otomatik, orang yang kena kutuk akan terasa betapa buruknya rupe dia. namun jika kita menggunakan kaedah sarka, lihat contoh ini. : 'eh sameon, awak ni kacak la, lebih kacak lagi jika rupa awak tidak muncul di sini.'
see? ada beza kan? secara otomatik si sameon akan terasa meski aku rasa diri aku huduh, namun ada juga yang nak puji aku. ahaha (sory contoh ni gampang sikit)

kesimpulannya saudara saudari, kaedah sarka memang boleh diguna pakai dalam arena globalisasi kini namun, haruslah bertempat dan kena masanya. dannn, adakalanya perli juga boleh diterima pakai namun bergantung kepada situasi sesuatu keadaan.

majulah dunia sarka untuk blogging.
assalamualaikum.

Tuesday 13 December 2011

realiti hidup

hye korunkkkkkkkkkk!
ini adalah sebuah entri tentang realiti hidup ini. pada hari ini kita akan bercerita tentang hidup ini. bukan hidup kau tau aku, tapi hidup ini. ada orang kata hidup ini macam palat. ada orang kata hidup ini cume sekali, sooo kite enjoyyy. ada orang kata hidup ini tak selalunya cerah. ada orang kata hidup ini tak selalunya mendung pulak. apa yang kau tau tentang hidup?

abaikan intro yang macam gampang itu. (maaf kerana menggunakan bahasa sangat sopan)

kau rasa kau tahu apa itu hidup? kau rasa hidup kau sudah sempurna dengan adanya boipren dan gelpren yang perfect? walaupun kau agak tak sedar diri kerana mendambakan boipren atau gelpren yang perfect meski wajah kau hanyalah wajah-wajah mat indon pecah kedai uncle raju, kau masih tetap engkau. dan aku? (kau kesah ape pasal aku)

hidup ini, kau hidup atas bumi Tuhan yakni Allah yang maha besar. (take note : ini bukan blog serbanistas)
kau hanya menumpang di bumi Allah ini. kita hanya menumpang. kewajipan kita, laksanakan hukum Allah. pernah kau dengar ayat 'kalau kita tolong agama Allah, maka Allah akan tolong kita'. pernah dengar? gud. tak kesah kau pernah dengar atau tidak. namun itulah kenyataan.

kalau kita tolong agama Allah, insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan bagi kita.

maafkan aku andai timbul kekasaran bahasa di sini. beramal lah selagi mampu kerana kita tak selamanya hidup di dunia ini. solat 5 waktu jangan tinggal. cakap memang mudah kan? peliharalah solat mudah-mudahan Allah akan pelihara kita dari perkara-perkara mungkar.

adios, assalamualaikum.


Monday 12 December 2011

untungnya siapa yang bernaung di bawah suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia.

sangat untung lu orang beb. seriously untung. lu orang dapat elaun. orang lain mana dapat. swasta lagi la. kene bayar lagi mahal ada la beb.

gua ada dengar ura-ura elaun nak naik bagi yang RM6++ tu jadi RM8++ tapi gua tak tau betul ke tak beb. betul ke? kite wait and see je la. kalu betul kan heaven gila rasa. ahaha

kepada lelaki di luar sana yang nak carik calon isteri tu, carik la yang belajar under SPA ni sebab kalo takde aral melintang dorang ni kompem akan dapat keje dengan gaji starting yang not bad woooo. tak payah korang risau-risau takut korang sorang je keje sedangkan bini korang surirumah.mane yang suami berkemampuan tu, ada jugak yang nak bini dorang duk rumah je, jage rumah, jage anak. hehe up to you people! adios!

this is the part where u and i met. iloveyou.


kadang-kadang dalam hidup ni tak semua benda kita boleh dapat. ada yang kita akan dapat, dan ada yang tidak. tahukah anda, setiap apa yang Allah kurniakan pada kita itulah yang terbaik. yakinlah dengan Allah, penguasa alam ini. kalau tak dapat, redha. usaha, dia, tawakal. kalau dapat, bersyukurlah supaya Allah tak tarik balik nikmat yang diberi.

contengan jalanan - hlovate

gua baru selesai baca novel contengan jalanan karya emas hlovate. this is my review bout this book.
seriously aku sangat tersentuh dengan novel karya hlovate yang satu ini. sangat-sangat aku tak menduga jalan cerita yang sedemikian rupa. sangat unik. sangat luar alam (pinjam ayat kau jap hlovate) hehe
aku suka sangat buku ni. sangat suka. entah la. jalan cerita menarik, tak cliche. unpredictable. gua kasi lu sebelas bintang per sepuluh wahai hlovate. gua tak dibayar oke untuk puji2 buku lu melambung. tapi seriously gua suka. for those yang belum baca lagi contengan jalanan. try la baca. tak rugi. sambil kite berhibur, kita tambah ilmu di dada. wa salute you hlovate.

gua suka cara lu olah ayat, cara lu bermain dengan perasaan dalam watak. cara lu letakkan diri lu dalam diri watak-watak dalam novel. gua suke. i can feel their heartbeat bila baca description atau jalan cerita yang buat untuk sesuatu watak. sangat kena. sangat masuk. i love this book.

untuk hlovate, tahniah sebab dapat buat cerita yang macam ni,yang takde jiwang-jiwang rewang-rewang sumbang mambang macam sesetengah novel suka buat. i'm sick of novel yang overdose lovey dovey scene.

i love you hlovate. keep on writing extravaganza work. may Allah bless u and us.

yes aku suke kucing.

tu je aku nak bagi tau...... entahla, aku memang suke kucing. kalau tengah makan ayam atau ikan, aku lagi rela tak makan dan bagi kucing yang mintak makanan kat bawah meja aku. tak tau, tak sampai hati barangkali.

sume orang nak pakai contact lens berwarna sekarang.


sume orang nak pakai contact lens berwarna warni sekrang ini. ni laa trend sekarang. tapi berapa orang je yang boleh nampak comel dan cantik dengan lens yang dipakai. kalau contact lens tu kene dengan muke korang, seriously memang korang akan nampak comel. tapi kalau tak kene dengan muke korang, memang rasa akward sangat. ganjil. sakit mata aku tengok. ahaha tapi walau ape pun, semua orang punya rasa ingin nampak cantik, cuma jangan over la.

nak menangis aku tengok mata kau sepet bukan main, tapi kau sumbat lens gedabak, seksa tau tak? plus tak nampak natural. lain kali pakai la lens yang sesuai dengan mata kau... takde la seksa aku nengok.. ok?

Sunday 11 December 2011

ciri gadis pilihan lelaki.

 assalamualaikum semua. hari ini kita bertemu lagi dalam rancangan sape mau tau mari baca sini. hehe. hari ni gua nak share sikit pasal gadis pilihan lelaki. gadis dambaan lelaki. gadis yang lelaki akan pilih untuk buat bini. huhu. aku nak share kat sini dari perspektif seorang lelaki yakni diri gua sendiri.
1)berilmu- lazimnya lelaki menyukai seorang gadis yang berilmu dan berpengetahuan. tak terlalu bangang la senang cite.

2)beragama- laki ni, time kapel memang la dia nak yang seksi bagai, pakai baju stok-stok kain buat balut nangka busuk. tapi bila nak carik yang buat bini, dia akan cari yang menutup aurat, beragama. bertudung, sedap mata memandang. lu orang ingat laki yang awek dia dress up macam tak cukup kain pastu aset-aset berharga gi tunjuk pulak kat sume orang, lu orang ingat lelaki suke ke? yeeeee lelaki memang suke tengok, tapi buat bini, awal-awal lagi korang dah keluar list. lelaki nak buat bini perempuan yang mampu jadi IBU kepada anaknye nanti. jadi tolonglah paham.

3)pandai jaga diri, beradab- kalu lu orang setakat nak berlagak bajet merokok depan public dengan asap berkepul-kepul pastu mamat lalu sebelah korang mule la 'hai... hai...' pastu korang buat muka jeling 400 darjah korang ingat lelaki suke ke sebenarnya tengok korang macam tu? tak.... jauh sekali........ lelaki just nak test tengok darjah 'kemurahan' korang je... pada wanita, jagalah peribadi, jagalah maruah........

4) body mantap- tipu la kalu gua cakap body seseorang wanita tu bukan punca lelaki suka kat wanita tu. lumrah lelaki, memang akan tengok luaran dulu, then barulah tengok dalaman. body yang gua kate mantap ni, tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk. hei kawan, tolonglah paham. yang perempuan ni korang sibuk nak kurus bagai pehal? kau ingat lelaki suke bdan cekeding-cekeding ke? lelaki suke badan yang ada isi. badan yang bila dipeluk akan rasa ada orang dalam pelukan. bukan body yang bile peluk, rasa macam tengah peluk ranting kayu sebab kurus sangat. ingat tuh. jaga body, jangan kurus sangat, jangan gemuk sangat.

5) tidak terlalu tinggi-lumrah lelaki, dia suka kalau dia lebih tinggi dari perempuan. gua maksudkan ketinggian fizikal la wei. lazimnya, lelaki suka perempuan yang kepalanya boleh baring manja di dadanya apabila berdiri. ni kenyataan. dada adalah aset lelaki. dada yang sasa okay. bukan dada bonjol macam perempuan.

6)bermaruah, tidak gedik-lelaki tak suka perempuan yang terlalu gedik dan murah. woi perempuan, tolonglah paham. korang tau tak kenapa lelaki suka wiwittt wiwittt kat korang kalau korang kat bus stop ke, tepi jalan ke, lelaki tengah nak test darjah 'kemurahan' korang. kalau korang layan means, korang ni jenis yang mudah 'dimakan'. seriously. korang tak payah la nak ketawa kuat-kuat kat kedai makan ke, mane-mane jela sebab kelakuan korang tu menarik perhatian kaum lelaki. memang lelaki akan pandang, tapi dalam hati dorang berkata ' gedik sial pompuan ni'.

7)manja natural-manja ni sifat bonus perempuan yang boleh buat lelaki cair. tapi lu orang tak payah la nak buat2 manja kalau dah memang tak manja sebab lelaki kenal manja buatan dengan manja semulajadi okay. sia-sia je korang praktis jadi manja kalau tu buakn sifat sebenar korang. just be yourself. gua kate sifat manje tu bonus kan. bukan sifat wajib. lelaki ni spesis mudah cair sikit. bukan sikit, banyak.

8)wajah comel, cantik. - okay again lelaki memang suke tengok luaran. i admit it.

9)pandai masak - this is the mega bonus. lelaki kalau dapat tau pompuan tu pandai masak, automatik dia akan rasa macam nak jatuh cinta je kat pompuan tu. okay aku hiperbola. ni memang sifat lelaki. lazimnye la. so pompuan, kalu nak jadi menantu kesayangan mertua, mantapkan  la skill memasak korang. dan pada yang tak reti, belajar lah sebab tak rugi satu sen pun kalau korang belajar ilmu masak ni. laki memang suke.


sampai sini je untuk part one ni, nanti aku share lagi dengan korang. ape yang aku cakap ni, merupakan tinjauan rawak seluruh lelaki malaya.. takde erti betul atau salah sebab ni hanya pendapat aku dan sesetengah orang. mane yang baik jadikan teladan, yang buruk mintak  jauhkan. assalamualaikum, sampai ketemu lagi.

Thursday 8 December 2011

berak.


seriously, aku memang rasa nak berak tapi malas nak pegi. apakahhhh???????????
adakah kerana toilet aku jauh? tidak juga. adakah kerana aku sangat malas sebab suda lewat malam? kenapa malas adakah jamban aku luar rumah? tidak juga. elok je jamban aku dalam uma ni. jap g aku pegi la berak okayy. see ya!

tentang latihan jururawat.


as we know that... latihan jururawat under kementarian kesihatan Malaysia menawarkan latihan yang berkesan ke arah melahirkan jururawat yang berkualiti dan berdedikasi. okay please take note that aku bukan dibayar untuk menulis dan membodek mana-mana pihak. ini hanyalah pendapat peribadi. hihi (sebenarnya nak bodek jugak) =p
latihan selama 3 tahun dan dibayar elaun yang lumayan dan berbaloi2... lelaki dan perempuan boleh mohon... bagi yang lelaki, there is no such thing jururawat lelaki ni awww awww okay. elok je masing2 tak aww aww pun. haha
selepas tamat latihan selama 3tahun iaitu diploma kejururawatan di bawah kementerian kesihatan Malaysia, pelatih akan diserap masuk ke perkhidmatan awam. hanya perlu belajar pandai2 dan mengekalkan sahsiah yang baik, tak payah fikir susah2 nak carik keje. siap boleh pilih isik borang, pilih kat mana kita nak dihantar posting nanti, i mean pilih negeri mana... dan anda akan ditempatkan mengikut kesesuaian dan keadaan.
 apa tunggu lagi, apply your course and be proud if you are the choosen one untuk mengikuti latihan suruhanjaya perkhidmatan awam ini.
ingat senang ke nak jadi penjawat awam sekarang haaaa???? hehe

Tuesday 6 December 2011

kelebihan menyertai suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia.


nampaknye ramai yang berminat mengenai artikel aku tentang betapa beruntungnya sape yang dapat tawaran untuk menyertai SPA ni kan. aku panggil SPA jela senang sume paham kan? uhuhu
takpe... takpe... kalau korang nak tau ape-ape tentang SPA ni tanye je... mane yang aku boleh jawab, aku jawab okey? aku tak kedekut ilmu punya orang... =p
SPA ni , memang ramai yang mohon... jumlah tak reti nak cakap la sebab bayangkan pemohon dari seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak dan yang berjaya adalah yang benar-benar telah berjaya melepasi tapisan demi tapisan yang dibuat... bayangkan, kawan gua yang dah degree pun steadi je tinggalkan degree dia separuh jalan walaupun dia score pointer tinggi dulu, namun... (tiba2 keluar namun pulak) dia terima tawaran SPA ni sebab sayang nak tolak... sebab bukan calang-calang boleh lulus exam dan interview under SPA ni... yang lepasan SPM majoriti dapat tawaran matrik dan universiti, rilek je tolak untuk menyertai SPA ni... sebabnye cukup mudah. bukan mudah nak dapat, dan sayang nak dilepaskan. 

kenapa orang taksub sangat, suka sangat nak dapat tawaran ni? macam yang ramai dah tau, dengan keputusan yang baik serta sahsiah yang baik, pelatih yang menuntut under SPA ni akan diserap ke perkhidmatan awam... pastu mase belajar dibayar elaun pulak... elaun bukan alang-calang... malas gua nak cite elaun berape... kire cukup la untuk korang buat makan pakai plus nak buat simpanan sikit.. memang berbaloi... 

jangan bersedih andai dibuang universiti.


pernah dengar cerita ada orang kena buang universiti atau mana-mana institusi? pernah? kawan-kawan ke, sedara ke, adik beradik ke,  kawan kepada kawan ke, atau anda sendiri?
jangan sedih, jangan gundah. sudah-sudahlah menangis, merintih. benda dah jadi kan.. apa yang penting, ambil pengajaran dari apa yang terjadi. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. dan yang pasti, hikmah itu pasti sesuatu perkara yang baik. mungkin rezeki anda di tempat lain. percayalah.. setiap orang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing, jadi jangan bersedih ye wahai sahabat. kalau korang tanya ke mana halatuju jika dibuang universiti, fikir baik-baik. ikhtiarkan perkara yang terbaik. bagi yang boleh buat rayuan, buat rayuan dulu. jangan mengalah sebelum mencuba. masa buat rayuan, tekadkan azam, aku nak menuntut ilmu kerana Allah. itu tujuan yang paling utama. namun, andai rayuan tak berjaya, jangan putus asa. pasti ada jalan lain. bagi yang mampu, mungkin boleh mohon masuk ke institusi lain ataupun swasta.. namun, boleh juga kerja dahulu bagi mengumpul wang jika tidak mahu membebankan mana-mana pihak. institusi swasta juga bagus tau.. tak kurang hebatnya.. anda juga boleh try buat permohonan sekali lagi untuk mohon masuk ipta ni.. cuba la.. mana tahu.. apa-apa pun, jangan bersedih, jangan berkabung terlalu lama sampai hilang halatuju hidup... Allah sayang anda, sebab itu dia uji dengan hal sebegitu untuk menjadikan kita orang yang lebih kuat di masa akan datang... bersangka baiklah dengan Allah, dan didiklah diri kita agar lebih berhati-hati dan ambil pengajaran dari pengalaman lampau... 
anda juga boleh berjaya seperti orang lain...

Monday 5 December 2011

untungnya siapa dapat tawaran suruhanjaya perkhidmatan awam.



kepada sesiapa yang dapat tawaran suruhanjaya perkhidmatan awam atau singkatannya SPA, jangan ragu-ragu lagi untuk membuat pilihan. insyaallah itu adalah pilihan yang terbaik dan terima lah dengan hati yang terbuka. bukan semua orang yang dapat tawaran ini. silap2 panggil interview pun tak. yang dapat tawaran ni bukan calang-calang, trust me. kepada yang dah lulus temuduga dan dapat tawaran, tahniah saya ucapkan. dan kepada yang belum mendapat tawaran, cuba lagi dan jangan putus asa. frankly speaking, ramai rakan-rakan saya yang memohon berkali2 walaupun result spm adalah cukup syarat kredit namun ada yang tidak berjaya sedangkan mereka juga amat berbakat. as i sad, kepada yang belum berjaya, jangan putus asa dan terus mencuba lagi. chaiyokkkkkk chaiyokkkkkkk.!!!

Sunday 4 December 2011

haiwan juga punya perasaan.

jangan bertindak kejam terhadap haiwan, Allah murka kepada sesiapa yang menzalimi haiwan. mereka juga berhak disayangi seperti manusia.
haiwan juga seperti manusia. mereka juga punya perasaan tau.. hargailah mereka. sayangilah mereka. jagalah mereka dengan baik. haiwan juga turut mendoakan manusia jika kita menjaga mereka dengan baik kerana mereka juga makhluk Allah.

idea ketika berak

tahukah anda, menurut kajian yang entah dari mana, jika anda memerlukan idea yang brilliant untuk menjayakan sesuatu perkara, waktu yang paling strategik untuk mencari idea adalah ketika anda beraqk atau membuang air besar. hal ini kerana, pada waktu itu, sek-sel neuron anda berkembang dengan pesat, sekaligus mencernakan idea baru. senang cite, waktu aku berak, mencanak-canak idea keluar tak kesah la pasal hal ape pun. even kalau tengah buntu nak selesaikan masalah matematik, tibe-tibe terbit idea macam mana nak selesaikan soalan tu masa tengah berak. does it really works? try la!

Saturday 3 December 2011

assalamualaikum semua.

since this is mt first time writing here, i would like to greet u people. welcome to my blog. my space. my life. my thoughts.