klik sini please...... =)
Monday, 7 May 2012
kisah anak mrsm... (nama mrsm dirahsiakan)
Aku melihat jam di tangan. Baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Ahhh
lambat lagi nak habis prep.
Tak sabar rasanya hendak habis prep
pukul 10.30 nanti. Habis
prep nanti, hajat hati hendak lalu
dekat cover walk sambil mencari
abang senior pujaan hati. Hihihi
sambil menatap buku
rujukan biology, fikiranku melayang.
Biology ke mana, otakku ke mana. Wajahku
agak boleh tahan, senang cerita aku comel.
Cisss ada nada perasan di situ.
Telefon bimbit yang sememangnya diaramkan,
Tetap kami bawa ke hostel. Mengapa
kami? Sebab majoriti pelajar maktab
rendah sains mara k****** pada ketika
itu membawa telefon bimbit. Bukan
berniat melanggar peraturan, cuma bagi
kami telefon bimbit merupakan alat yang
amattt penting bagi pelajar yang berjauhan
dari keluarga seperti kami.
panjang pula mukadimahnya.
Aku yang berwajah comel serta
berketinggian 150cm dengan BMI yang
ideal menjadi rebutan pelajar satu
batch denganku serta abang-abang
senior.
Cissss nada perasan di situ makin gampang.
ramai jugak la lelaki
yang ada meminta nomborku serta
menghantar pesanan ringkas kepadaku.
No no no jangan salah faham, bukan aku
yang memberikan nombor telefonku pada
lelaki lelaki di luar sana, tapi macam
biasa la... Nak lari sampai mana sangat,
Satu maktab kan.. Pusing2 pun dapat
jugak nombor aku..
dan..... Krigggggg...
Yiehaaaa prep sudah habis!
Dengan pantas aku dan zaza mengemas beg,
Kami mahu segera pulang ke bilik. Itu
Niat dia barangkali, namun niatku hanya
ingin segera melalui cover walk agar
tidak terlepas abang senior idamanku.
Sejurus selepas mengemas beg, kami berjalan
pulang ke bilik. Aku meluaskan pandangan
mana tahu nasibku baik aku akan nampak
Pojaan ku.
sambil berjalan...... Teeeettt.
Tooooodia. Aku nampak dia! Baru hendak
keluar kelas. Kelasnya di tingkat bawah
sekali manakala aku di tingkat 4.
Aku tingkatan 4 manakala dia tingkatan 5
Ketika itu.
Dia yang bercermin mata, sangat menarik
bagiku.
sedang asyik memerhatikannya,
Dia sedar kelibatku. Aku pantas mengaligkan
pandangan purak-purak tengok kaki.
Cisss kantoi pula.
sambil berjalan melalui cover walk, aku
yang pada ketika itu tidak lapar laju sahaja
mengajak zaza (bukan nama butul) untuk
singgah di DS a.k.a. Dewan Selera untuk
supper ataupun minuman waktu malam.
zaza hanya turutkan sahaja
kemahuanku. Kami melangkah ke DS dengan
harapan tersemat teguh di dadaku agar
dia juga turut ke DS. Dapatlah aku sambung
niat mencuci mataku.
Namun hampa, dia straight balik ke hostel.
Aku pasrah, dan selesai minum milo suam
serta puding roti sebentar, pulang ke asrama
yang di panggil blok G ataupun blok siti
aisyah.
Bersambung.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
throw me your opinion.. would you?