klik sini please...... =)
Wednesday, 25 July 2012
ini kisah tentang aku dan bekas teman lelaki.
Aku berhasrat untuk berubah ke arah
yang lebih baik. Sebelum ini aku biasa biasa
sahaja, aku bertudung, tidak terlalu
besar dan tidak terlalu kecil serta
labuh menutup dada.
Aku berniat untuk berubah lantas aku
suarakan hasrat aku pada ex aku.
Aku suarakan bahawa aku mahu hubungan
Kami diberkati Allah, kami akan
berkahwin dalam beberapa tahun Lagi.
Aku suarakan padanya bahawa aku tidak
mahu lagi dating serta pegang tangan. Mesej
dan call hanya bila perlu sahaja.
Dia menyambut baik cadangan ku itu.
Namun, dia tidak mampu melakukan
yang satu ini. Berhenti merokok. Dia
tidak mampu dia bilang. Aku jadi kecewa.
Aku kecewa kerana bagaimana dia bisa
menyayangi aku andai dia tidak mampu
untuk menyayangi dirinya sendiri.
Aku beranggapan bahawa dia sewajarnya
lebih menyayangi serta menghargai
dirinya sebelum dia mengaku sayang
padaku. Isu berhenti merokok ini
menimbulkan perbalahan besar antara kami.
Mengapa aku mendesak agar dia segera
berhenti merokok? Kerana aku hidup
dalam dunia perubatan. Pelbagai ragam serta
akibat telah aku lihat sendiri akibat merokok.
Kanser mulut, paruparu, jantung rosak,
Ya, itu kisah benar. Benar belaka.
Aku merasakan aku terlalu sayang dengannya.
Aku tak mampu untuk berdiam diri
melihat insan yang aku sayangi terus
menerus merosakkan dirinya.
Tahu apa kesudahan kami? Aku minta untuk
memutuskan hubungan. Aku tak sanggup.
Dia terlalu sayangkan rokoknya melebihi
aku. I have decided that,
IF U LOVE your cigaratte more than me,
Then marry your cigaratte; not me. Good
bye love.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebab dia merokok, then tinggalkan dia?
ReplyDeletewow.
urm... i think . hihi
Deleteyou deserve s/one better. nice blog.
ReplyDeletewhere are chu come from
hehe maybe i'm too young and this is just a puppy love :)
Delete