klik sini please...... =)

Saturday, 14 July 2012

kolej kejururawatan alor star, pahang, johor, melaka

Gua bukan nak kate ape la, Tapi serius banyak benefit kalau lu orang join diploma under KKM ni. Tiap2 bulan gua dapat elaun, bukan sikit bro. Dapat jugak la ringankan beban family gua. At least gua tak susahkan dorang. Gua bangga jadi jururawat pelatih. Gua berazam akan jadi jururawat yang berkaliber serta sopan santun.. Tu janji gua. Doakan gua friends.

sebuah mrsm di pahang.

Ni kisah aku. Dulu aku penah jadi dak mrsm. Nak kate bangge tu bole tahan la. Ingat kalo bukan calang2 orang boleh masuk ke? Tak boleh wei... Melainkan kau ada kabel. Gua memang straight A mase pmr dulu. Gua pmr tahun 2007. Lu kira sendiri la umur gua kan. Nak dijadikan cerita, gua dilanda stress masa kat sana. Walaupun lu rasa lu bijak tapi ada yang laaagi bijak kat sana. Sial tol.. Competition gila babi ah..

Monday, 7 May 2012

Berapa BMI wanita subur?

Tahukah anda mengikut kajian, BMI wanita yang SUBUR adalah 20 hingga 24. Sila take note ye lelaki...carilah perempuan yang badan berisi tapi bukan gemuk... Bukan juga kurus kering... Percayalah yang kering tak sedap.. Ni pendapat gua sebagai seorang lelaki tulen. Gua lebih prefer gadis berisi. baru ada umphhh. Gua prefer gadis berdada besar dan punggung besar. Dan yang Paling penting, pompuan tu kene pendek dari.gua. Chawww.

kisah anak mrsm... (nama mrsm dirahsiakan)

Aku melihat jam di tangan. Baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Ahhh lambat lagi nak habis prep. Tak sabar rasanya hendak habis prep pukul 10.30 nanti. Habis prep nanti, hajat hati hendak lalu dekat cover walk sambil mencari abang senior pujaan hati. Hihihi sambil menatap buku rujukan biology, fikiranku melayang. Biology ke mana, otakku ke mana. Wajahku agak boleh tahan, senang cerita aku comel. Cisss ada nada perasan di situ. Telefon bimbit yang sememangnya diaramkan, Tetap kami bawa ke hostel. Mengapa kami? Sebab majoriti pelajar maktab rendah sains mara k****** pada ketika itu membawa telefon bimbit. Bukan berniat melanggar peraturan, cuma bagi kami telefon bimbit merupakan alat yang amattt penting bagi pelajar yang berjauhan dari keluarga seperti kami. panjang pula mukadimahnya. Aku yang berwajah comel serta berketinggian 150cm dengan BMI yang ideal menjadi rebutan pelajar satu batch denganku serta abang-abang senior. Cissss nada perasan di situ makin gampang. ramai jugak la lelaki yang ada meminta nomborku serta menghantar pesanan ringkas kepadaku. No no no jangan salah faham, bukan aku yang memberikan nombor telefonku pada lelaki lelaki di luar sana, tapi macam biasa la... Nak lari sampai mana sangat, Satu maktab kan.. Pusing2 pun dapat jugak nombor aku.. dan..... Krigggggg... Yiehaaaa prep sudah habis! Dengan pantas aku dan zaza mengemas beg, Kami mahu segera pulang ke bilik. Itu Niat dia barangkali, namun niatku hanya ingin segera melalui cover walk agar tidak terlepas abang senior idamanku. Sejurus selepas mengemas beg, kami berjalan pulang ke bilik. Aku meluaskan pandangan mana tahu nasibku baik aku akan nampak Pojaan ku. sambil berjalan...... Teeeettt. Tooooodia. Aku nampak dia! Baru hendak keluar kelas. Kelasnya di tingkat bawah sekali manakala aku di tingkat 4. Aku tingkatan 4 manakala dia tingkatan 5 Ketika itu. Dia yang bercermin mata, sangat menarik bagiku. sedang asyik memerhatikannya, Dia sedar kelibatku. Aku pantas mengaligkan pandangan purak-purak tengok kaki. Cisss kantoi pula. sambil berjalan melalui cover walk, aku yang pada ketika itu tidak lapar laju sahaja mengajak zaza (bukan nama butul) untuk singgah di DS a.k.a. Dewan Selera untuk supper ataupun minuman waktu malam. zaza hanya turutkan sahaja kemahuanku. Kami melangkah ke DS dengan harapan tersemat teguh di dadaku agar dia juga turut ke DS. Dapatlah aku sambung niat mencuci mataku. Namun hampa, dia straight balik ke hostel. Aku pasrah, dan selesai minum milo suam serta puding roti sebentar, pulang ke asrama yang di panggil blok G ataupun blok siti aisyah. Bersambung.....

Saturday, 14 April 2012

tabiat pelik ketika memberus gigi. (wajib tahu!)

pernahkah anda lihat, saudara nara,
ahli keluarga, rakan2 mahupun
orang terdekat di sekitar anda, yang mana
ketika mereka memberus gigi, air
paip dibiarkan terbuka? air paip
sinki di depan mata sengaja
dibiarkan terbuka maka mengalirlah
air itu tanpa digunakan ketika memberus
gigi. atau anda sendiri yang
buat macam ni?

tahukah anda menurut psikologi,
orang yang suka membiarkan air terbuka
dan mengalir tanpa digunakan
merupakan seorang yang tidak
yakin kepada diri sendiri, pemalu,
takut menjadi perhatian umum,
ingin menutup kelemahan diri. malah,
tafsiran bagi orang yang bersikap
sedemikian yang paling nyata adalah
pembazir yang nyata. membazir hukumnya
apa? sahabat syaitan kan? nak ke
jadi kawan syaitan?

mengapa menurut pandangan psikologi
orang yang suka membuka air semasa memberus
gigi ini adalah seorang yang tidak
yakin kepada diri sendiri?
sedarkah anda semasa mereka memberus
gigi, mencuci muka atau apa sahajalah
yang mnerlukan masa yang lama, mereka sengaja
ingin mengalihkan perhatian umum yerhafap
apa yang mereka lalukan. mereka
takut diperhatian, maka air dibiarkan
terdedah dengan harapan bunyi
air tadi dapat menutup bunyi aktiviti
yang sedang mereka lakukan. bukankah
membazir namanya?


paling sadis bila hal ini terjadi
di hostel pelajar universiti, kolej,
mahupun sekolah yang bekalan airnya adalah
semput.. tak ke sakit hati?
sekadar teguran dan renungan, wallahualam..

sedarlah.. nasihatkan secara baik
jika da ternampak kejadian ini.
atau jika anda sendiri yang
berkelakuan macam ni, mulakanlah



berubah hari ini sebab Allah tidak
suka orang yang suka mmbazir..

Thursday, 12 April 2012

ya Allah.. sungguh.. engkau maha pemurah..

alhamdulillah.. segala puji bagi
Allah.. aku amat bersyukur padaNya..
hanya padaMu tempat aku meminta..
Kau berkatilah hambaMu ini..
bimbinglah aku dalam setiap
urusan.. perbaikilah setiap
urusan bagiku..
permudahkanlah segala urusan bagiku..
hanya padaMu tempat aku berserah..
ya Allah yang maha mendengar
lagi maha mengasihani..

Tuesday, 10 April 2012

maksud sebenar cinta pertama.

bagi aku, maksud sebenar cinta pertama
ni too much answer would come
along with it. as for me, aku rasa
cinta pertama itu adalah kali
pertama kau rasa sayang sangat2
to someone.. kali pertama kau
jatuh cinta. bukan kali pertama
kau bercita atau first couple kau.
sebab perasaan suka yang kita
rasa sewaktu kita belum matang
boleh jadi hanyalah perasaan suka
dan minat.. bukan sayang atau cinta.

tapi jangan kita lupa, ada cinta
yang lebih besar dan agung di atas
sana. dengan cinta Allah lah dapat
kita lahir ke bumi ini untuk mengenal
cinta sebenar yakni Dia. dengan
cinta yang terhasil antara ibu bapa
kita, dimanifestasikan dengan
kehadiran kita. Subhanallah..