klik sini please...... =)

Monday 7 May 2012

kisah anak mrsm... (nama mrsm dirahsiakan)

Aku melihat jam di tangan. Baru menunjukkan pukul 9.30 malam. Ahhh lambat lagi nak habis prep. Tak sabar rasanya hendak habis prep pukul 10.30 nanti. Habis prep nanti, hajat hati hendak lalu dekat cover walk sambil mencari abang senior pujaan hati. Hihihi sambil menatap buku rujukan biology, fikiranku melayang. Biology ke mana, otakku ke mana. Wajahku agak boleh tahan, senang cerita aku comel. Cisss ada nada perasan di situ. Telefon bimbit yang sememangnya diaramkan, Tetap kami bawa ke hostel. Mengapa kami? Sebab majoriti pelajar maktab rendah sains mara k****** pada ketika itu membawa telefon bimbit. Bukan berniat melanggar peraturan, cuma bagi kami telefon bimbit merupakan alat yang amattt penting bagi pelajar yang berjauhan dari keluarga seperti kami. panjang pula mukadimahnya. Aku yang berwajah comel serta berketinggian 150cm dengan BMI yang ideal menjadi rebutan pelajar satu batch denganku serta abang-abang senior. Cissss nada perasan di situ makin gampang. ramai jugak la lelaki yang ada meminta nomborku serta menghantar pesanan ringkas kepadaku. No no no jangan salah faham, bukan aku yang memberikan nombor telefonku pada lelaki lelaki di luar sana, tapi macam biasa la... Nak lari sampai mana sangat, Satu maktab kan.. Pusing2 pun dapat jugak nombor aku.. dan..... Krigggggg... Yiehaaaa prep sudah habis! Dengan pantas aku dan zaza mengemas beg, Kami mahu segera pulang ke bilik. Itu Niat dia barangkali, namun niatku hanya ingin segera melalui cover walk agar tidak terlepas abang senior idamanku. Sejurus selepas mengemas beg, kami berjalan pulang ke bilik. Aku meluaskan pandangan mana tahu nasibku baik aku akan nampak Pojaan ku. sambil berjalan...... Teeeettt. Tooooodia. Aku nampak dia! Baru hendak keluar kelas. Kelasnya di tingkat bawah sekali manakala aku di tingkat 4. Aku tingkatan 4 manakala dia tingkatan 5 Ketika itu. Dia yang bercermin mata, sangat menarik bagiku. sedang asyik memerhatikannya, Dia sedar kelibatku. Aku pantas mengaligkan pandangan purak-purak tengok kaki. Cisss kantoi pula. sambil berjalan melalui cover walk, aku yang pada ketika itu tidak lapar laju sahaja mengajak zaza (bukan nama butul) untuk singgah di DS a.k.a. Dewan Selera untuk supper ataupun minuman waktu malam. zaza hanya turutkan sahaja kemahuanku. Kami melangkah ke DS dengan harapan tersemat teguh di dadaku agar dia juga turut ke DS. Dapatlah aku sambung niat mencuci mataku. Namun hampa, dia straight balik ke hostel. Aku pasrah, dan selesai minum milo suam serta puding roti sebentar, pulang ke asrama yang di panggil blok G ataupun blok siti aisyah. Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

throw me your opinion.. would you?