klik sini please...... =)

Tuesday 6 December 2011

jangan bersedih andai dibuang universiti.


pernah dengar cerita ada orang kena buang universiti atau mana-mana institusi? pernah? kawan-kawan ke, sedara ke, adik beradik ke,  kawan kepada kawan ke, atau anda sendiri?
jangan sedih, jangan gundah. sudah-sudahlah menangis, merintih. benda dah jadi kan.. apa yang penting, ambil pengajaran dari apa yang terjadi. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. dan yang pasti, hikmah itu pasti sesuatu perkara yang baik. mungkin rezeki anda di tempat lain. percayalah.. setiap orang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing, jadi jangan bersedih ye wahai sahabat. kalau korang tanya ke mana halatuju jika dibuang universiti, fikir baik-baik. ikhtiarkan perkara yang terbaik. bagi yang boleh buat rayuan, buat rayuan dulu. jangan mengalah sebelum mencuba. masa buat rayuan, tekadkan azam, aku nak menuntut ilmu kerana Allah. itu tujuan yang paling utama. namun, andai rayuan tak berjaya, jangan putus asa. pasti ada jalan lain. bagi yang mampu, mungkin boleh mohon masuk ke institusi lain ataupun swasta.. namun, boleh juga kerja dahulu bagi mengumpul wang jika tidak mahu membebankan mana-mana pihak. institusi swasta juga bagus tau.. tak kurang hebatnya.. anda juga boleh try buat permohonan sekali lagi untuk mohon masuk ipta ni.. cuba la.. mana tahu.. apa-apa pun, jangan bersedih, jangan berkabung terlalu lama sampai hilang halatuju hidup... Allah sayang anda, sebab itu dia uji dengan hal sebegitu untuk menjadikan kita orang yang lebih kuat di masa akan datang... bersangka baiklah dengan Allah, dan didiklah diri kita agar lebih berhati-hati dan ambil pengajaran dari pengalaman lampau... 
anda juga boleh berjaya seperti orang lain...

No comments:

Post a Comment

throw me your opinion.. would you?