klik sini please...... =)

Thursday 27 December 2012

terima kasih orang yang ambil sampah!

aku amat bersyukur sebab Malaysia antara negara yang mempunyai perkhidmatan pengangkut sampah guna lori sampah. ada negara yang tak mempunyai pengangkut sampah dan hanya lupuskan sampah mereka dengan cara tersendiri seperti bakar atau tanam. aku nak berterima kasih sangat-sangat kat orang yang ambil sampah kat rumah aku beberapa kali dalam seminggu tanpa jemu. aku tau tu tanggungjawab mereka, mereka dibayar untuk buat kerja tu. tapi cuba bayangkan kalau mereka takde? tak ke huru hara nanti duk fikir mana nak buang sampah. tu yang jadi kejadian ada papan tanda DILARANG BUANG SAMPAH DI SINI. DENDA RM SEKIAN SEKIAN. sekurang kurangnya kita tak perlu buang merata rata dengan adanya bantuan mereka. bagi aku, ada banyak cara kita boleh hargai mereka yang ambil sampah ni. bungkus sampah dengan baik... asingkan mana yang perlu macam plastik, kaca dan kertas supaya senang mereka kelaskan untuk diktar semula. nampak mereka ambil sampah, apa salahnya kita ucapkan selamat pagi, morning! atau angkat tangan style orang Malaysia sebagai tanda tegur sapa sambil hadiahkan senyuman ikhlas? aku buat benda ni dan aku harap orang lain dapat buat juga sebab ramai terlepas pandang hal yang nampak kecil tapi memberi impak besar pada kehidupan kita. tugas mereka mulia tau.... membantu membersihkan alam, bumi pencipta ini. nampak macam senang.. tapi tahukah korang mereka berdepan dengan risiko tinggi mendapat jangkitan dengan pekerjaan mereka? sila hargai mereka. kepada yang ambil sampah diluar sana, kalau korang bace la... kami nak korang tau yang kami sedar kewujudan korang dan kami nak beritahu bahawa kami sangat berterima kasih kerana tanpa jasa anda, rumah besar yang tersergam indah pun boleh nampak hodoh jika dipenuhi sampah. taman taman, sekitar jalan jalan raya... mana mana jelah tempat, tanpa bantuan korang , alam ni takkan bersih. nampak hiperbola kan? tapi tu la hakikatnya. sekian saja sampai sini, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

throw me your opinion.. would you?