klik sini please...... =)

Wednesday 25 July 2012

ini kisah tentang aku dan bekas teman lelaki.

Aku berhasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebelum ini aku biasa biasa sahaja, aku bertudung, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta labuh menutup dada. Aku berniat untuk berubah lantas aku suarakan hasrat aku pada ex aku. Aku suarakan bahawa aku mahu hubungan Kami diberkati Allah, kami akan berkahwin dalam beberapa tahun Lagi. Aku suarakan padanya bahawa aku tidak mahu lagi dating serta pegang tangan. Mesej dan call hanya bila perlu sahaja. Dia menyambut baik cadangan ku itu. Namun, dia tidak mampu melakukan yang satu ini. Berhenti merokok. Dia tidak mampu dia bilang. Aku jadi kecewa. Aku kecewa kerana bagaimana dia bisa menyayangi aku andai dia tidak mampu untuk menyayangi dirinya sendiri. Aku beranggapan bahawa dia sewajarnya lebih menyayangi serta menghargai dirinya sebelum dia mengaku sayang padaku. Isu berhenti merokok ini menimbulkan perbalahan besar antara kami. Mengapa aku mendesak agar dia segera berhenti merokok? Kerana aku hidup dalam dunia perubatan. Pelbagai ragam serta akibat telah aku lihat sendiri akibat merokok. Kanser mulut, paruparu, jantung rosak, Ya, itu kisah benar. Benar belaka. Aku merasakan aku terlalu sayang dengannya. Aku tak mampu untuk berdiam diri melihat insan yang aku sayangi terus menerus merosakkan dirinya. Tahu apa kesudahan kami? Aku minta untuk memutuskan hubungan. Aku tak sanggup. Dia terlalu sayangkan rokoknya melebihi aku. I have decided that, IF U LOVE your cigaratte more than me, Then marry your cigaratte; not me. Good bye love.

4 comments:

  1. sebab dia merokok, then tinggalkan dia?

    wow.

    ReplyDelete
  2. you deserve s/one better. nice blog.

    where are chu come from

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe maybe i'm too young and this is just a puppy love :)

      Delete

throw me your opinion.. would you?