klik sini please...... =)

Tuesday 20 December 2011

kisah macam ni ada kau orang kesah? (1)

ni kisah hidup aku. kisah hidup gua. lu orang belum kenal gua tapi lu orang boleh tau siapa gua melalui kisah hidup gua. kisah hidup gua complicated. but gua have fun.

gua dilahirkan kat kota metropolitan, kuala lumpur.
gua tinggal kat bandar, kos sara hidup tinggi. mujur kerja parents gua agak stabil, jadi kami survive dengan baik di kL ni. *abaikan statement bangga diri macam gampang itu.
gua sekolah biasa2 je, sekolah budak nakal gua sifatkan, dalam daerah KL jugak. *haha jangan marah ye sekolah lame gua. 


gua budak biasa2 je, seorang gadis bertudung, pernah menjadi pengawas pusat sumber ketika di sekolah rendah dan mengupgrade diri menjadi pengawas sekolah rendah ketika di sekolah menengah.
gua agak pandai. *cis bangga diri


gua duduk kelas first start form 1 sampai la form 3. masa gua form 3, semua orang berpusu2 sibuk isi borang tu, borang ini, sebab nak blah dari sekolah tu. sekolah gua tu boring beb. 
result gua agakk bolehtahan la mase gua form 3 tu, mase form 1 dengan form 2 lu orang jangan tanya result gua sebab gua malas study. start awal tahun form 3 gua start study dan bermula dari itu, result gua semakin baik. dari exam pertengahan sampai la ke trial. agak boleh tahan.


gua dekatkan diri dengan Allah. sembahyang tak tiggal. hari2 gua doa mintak nak straight A sebab gua selalu pulun study. gua nak parents gua bangge dengan gua. Dengan izin Allah, Dia makbulkan permohonan gua. Alhamdulillah.


dan, bermula dari situ la, titik permulaan perubahan besar dalam hidup gua.
masa tu, gua memang admire gila sekolah berasrama penuh. SBP, MRSM. 
sekolah gua dulu tu dekat dengan SBP sekolah menengah sains selangor dan sekolah menengah sains alam shah. sekolah menengah sains alam shah ni sekolah lelaki beb. gua admire sangat. ngahaha mujur sekolah tu ada lelaki je. pernah la jugak gua pasang angan2 nak masuk sana, jadi perempuan tunggal ke yang sekolah sana, dengan harapan gua akan jadi gadis rebutan. ahaha tak lawak langsung.


nak dijadikan cerita, gua ada mohon SBP, MRSM dan sekolah teknik.
result PMR gua straight 8A. gua pelajar terbaik PMR kat sekolah lama gua tu dulu. *ciss bangga diri lagi.


lepas exam PMR, gua pegi ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM pulak sebab gua dipanggil untuk mengambil ujian itu. infact, sape yang mohon la kene amek ujian tu. 
ada ujian personaliti, ujian sains dan matematik. ujian sains dia gua tahan lagi, ujian matematik dia gile susah. namun gua gagahkan diri jugak  jawab demi angan2 gua nak masuk MRSM.


tak lama lepas gua masuk form 4 kat sekolah lama gua di awal2 tahun tu, gua pun dapat surat tawaran ke Sekolah Teknik. gua dapa sekolah dan kos yang gua mohon. sekolah yang gua mintak tu kat Melaka. hehe gua saje mintak jauh, teringin nak duduk asrama.


gua pun sedih la.... sebab gua ingat gua tak dapat MRSM atau SBP.... gua nanges kot... sedih... gua nak MRSM....
gua pun redha jela parents gua suruh gua terima sekolah teknik tu... gua pun masuk jela sekolah tu... lagi pun gua sayang parents gua, gua ikot la cakap dorang kan... uhuhu


bermula la episod kehidupan gua kat sekolah teknik... pada mulanya agak tunggang langgang... haha gua pun tak tau kenapa... ni first time gua duduk asrama... terkejut la jugak gua sebab gua tengok budak asrama ni semua stok2 macam ustazah jer gua tengok.. apa2 pun gua kene pandai bawak diri..
lama2 gua dah boleh sesuaikan diri kat sekolah teknik ni...

***dapatkah gua masuk MRSM atau SBP seperti yang gua imipikan? apakah yang terjadi dalam kehidupan gua selepas ini? nantikan part (2) cerita ini...***

2 comments:

throw me your opinion.. would you?